alhamdulillah, syukur kepada yang MAHA ESA kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi miliknya.
Beberapa ketika ini, aku sering teringat tentang masa lalu aku. Benarlah kata orang:
"Sejauh mana pun kita berubah, masa lalu tetap akan mendampingi kita"
sememangnya aku cuba untuk menghirup suasana baru.. cuba untuk bernafas dengan hembusan yang baru tetapi masa laluku seringkali menghantui ku.. Biarpun sejuta kali air mata menitis sehingga air mata darah sekali pun, kesilapan masa lalu tidak akan dapat di perbetulkan.. Seribu penyesalan tidak bisa mengembalikan waktu dulu
Sesungguhnya aku amat menyesal dan bersedih kerana masa silam aku, aku habiskan dengan perkara yang tidak mendapat keredhaanNYA. Pada masa lalu, aku sangat takut pada istilah tudung dan tutup aurat. Terus terang aku mengatakan bahawa aku menganggap tudung itu sebagai pelindung, penutup kecantikan wanita.. aku sememangnya tidak berniat untuk bertudung .. malah tidak suka memakai tudung!! astaghfirullah al azim.. betapa besarnya dosa dan kejahilan masa silam.. bila dikenangkan kembali, menangis penuh penyesalan..
Al -quran? Memang mengenal huruf dalam al quran. tetapi untuk membacanya sememangnya kurang pandai. Al quran pun tidak ada dimiliki. Betapa jahilnya diriku.. tak ada terniat di hati untuk baca quran, malah kalau ada aktiviti baca quran, sedaya upaya untuk mengelak. Sebab malu pada manusia, x tahu baca quran.. pada ALLAH tak malu. Sedangkan DIA MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT... astaghfirullah al azim
Usrah? lucu pula apabila terkenangkan bahawa aku la "JAGUH LARI DARI USRAH", aku cukup jengkel dengan wanita bertudung labuh. Bagi aku, mereka ini memandang hina pada insan semacam aku.. surau pun jarang sekali aku kunjungi.. nak kata sebulan sekali pun tak.. YA ALLAH, bila dikenangkan semuanya, air mata ini mengalis bercucuran.. beberapa kali aku menangis dan merintih, aku masih dihantui zaman silamku..
Pergaulan dengan kaum yang berlainan jenis pun tidak terkawal oleh diriku. Aku terlalu mudah untuk bertepuk tampar dan bertegur sapa dengan mereka, aku terlalu mudah untuk bergurau dengan mereka.. Ya ALLAH.. betapa rendahnya martabat seorang wanita diletakkan oleh diriku..
Sikap ku sendiri juga tidak melambangkan keindahan ISLAM.. ya ALLAH, aku sentiasa mengharap pintu keampunan dariMU.. aku terlalu mudah marah, suka mengambil tahu hal orang lain, dan tidak menjaga tuturkataku .. aku menyesal dan penyesalan ini sememangnya tidak ada akhirnya!
merintih, menangis, menyesali perbuatan lalu tetapi masa tidak akan dapat diulang kembali.. maka wahai anak muda, hargailah masa muda anda sekalian, jangan lakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan oleh diriku.. ingatlah, jadilah wanita solehah kerana seindah indah perhiasan adalah wanita solehah.. alhamdulillah, ALLAH telah memberikan peluang padaku untuk memperbaiki diri tetapi aku masih merasa aku terlalu hina dan kotor .. biar berapa kali tangisan .. yang aku harapkan hanyalah keampunan dariNYA.. ampuni dosa-dosa ku Ya Allah.
No comments:
Post a Comment