Monday, April 21

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum ya habibi,

its been a while since my last post. saya doakan agar sahabat semua sihat sejahtera. insyaallah.. saya ingin kongsikan kisah yang menarik. 

kisah I

sebelum maghrib saya menghantar sekeping mesej kepada housemate saya, supaya dia menjemput saya di KTM Nilai. Sebelum ini dia dah bersetuju untuk mengambil saya, akan tetapi housemate saya tidak reply. Saya cuba mendial nombor telefon dia. juga tidak di angkat. Saya mula risau. saya cuba bertanya kawan-kawan yang lain jika mereka kelapangan pada malam itu. Jam menunjukkan pukul 8 malam. saya bertambah risau. ' tak payah lah ke kelas esok, skip je' bisik hati yang nakal. tiada seorang pun yang dapat menjemput saya di KTM tetapi saya tekad, walaupun takut saya berdoa dan berdoa. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ini. tolonglah hambaku ini. hanya padamu aku memohon, hanya padamu aku meminta. selamatkanlah perjalananku ke rumah sewa. Saya sudah berada di Bandar Tasik Selatan dengan hati yang berdebar. Ya Allah... Ya Allah.. Ya Allah... Tiba-tiba saya terlintas untuk bertanyakan kawan saya yang duduk berhampiran dengan taman perumahan saya, dan dia boleh mengambil saya di train stesen. subhanaallah.. Ternyata Allah makbulkan doa saya itu. Ianya mungkin kecil tetapi dengan kuasa yang maha Esa, tiada siapa pun dapat menghalangnya. Sekian lama saya tidak menghubungi kawan saya itu, tetapi Dia-lah yang menggerakkan hati ini untuk bertanya. Dia jugalah yang mempermudahkan perjalanan saya dari Ampang ke Sepang. alhamdulillah, saya tiba dengan selamat. terima kasih Allah.

kisah II

Setibanya saya di rumah sewa sekitar jam 10.40 malam. Madam menghantar mesej dalam whatsapp group esok ada midterm. Setelah seharian berjalan, badan dan kaki directly proportional penat dan lenguh, kalau study confirm tak masuk otak. 'Barang-barang customer pun banyak lagi tertangguh. Esok adalah hari untuk pos barang. Kalau saya tak pos, customer bising'. Ya Allah... banyak nya kerja nak buat' saya bermonolog sendirian. lalu saya mandi dan solat isya' . selesai solat isya' , saya meng-packing barang-barang customer. Hati kecil ini risau memikirkan midterm esok. lantas saya kunci jam pukul 3.30 pagi  untuk bangun qiamulai dan bersahur. Puasa pada hari Isnin dan Khamis sudah menjadi rutin saya, sekiranya tiada aktiviti atau majlis pada hari tersebut.... Ya Allah Ya Tuhanku, pagi nanti aku ada exam ya Allah. permudahkanlah aku untuk menjawab soalan-soalan tersebut. hanya padamu aku bergantung. Ya Allah, kau lembutkanlah hati lecturer aku, kau berikan kasih sayang antara aku dan lecturer aku, kasih sayang antara lecturer aku dengan aku. antara aku dan classmate aku, classmate aku dengan aku. YaAllah berikan aku ketenangan, amin.. Dalam perjalanan ke kelas, saya sempat mengulangkaji soalan yang madam bagi sebelum ini. saya tawakal, harap-harap soalan ini yang keluar. saya sempat bertanya dengan rakan saya. Dia mengulangkaji soalan yang susah. dalam hati saya, mati la aku sebab dia memberitahu saya semua orang buat latihan ni (soalan yang susah). saya bertambah panik. tiba di dalam kelas, madam bagi saya soalan. midterm ni satu jam sahaja. jari saya dah sejuk, kaki pun sama.. ya Allah... ya Allah.. tolong lah hamba mu ini.. dengan nama Allah, saya membuka kertas soalan. alangkah terkejutnya saya, soalan yang keluar itu soalan yang saya ulangkaji tadi. sebijik! ya Allah.. betapa besarnya kuasa-Mu ya Allah.. terima kasih Allah.

kisah III

kelas tamat jam 2, saya pulang bersama classmate. tiba di rumah, saya terlupa untuk pergi ke pejabat pos. ya Allah.. macamana ni, tak ada orang nak bawak aku ke sana. saya pun menghantar mesej, meminta tolong kawan-kawan untuk menghantar saya ke pejabat pos. malangnya tiada. selesai solat zohor, saya sembahyang hajat. Ya allah, terima kasih untuki pagi tadi. kau banyak menolongku. akan tetapi, aku ingin ke pejabat pos. permudahkan lah urusan aku untuk hari ini ya Allah. hanya pada-Mu aku memohon, tempat-ku bergantung. amin.. jam menunjukkan pukul 4, masih tiada khabar dari rakan saya. ya Allah.. Ya allah.. saya membuka laptop dan membuka surah Yasin. Tiba-tiba ada mesej masuk, kawan saya dari Gombak baru tiba di Sepang. Dia bertanya sama ada saya ingin ke pejebat pos ke tidak.  subhanaallah.. Allah mempermudahkan segala urusan saya.


benar lah Allah maha mendengar. Dia mempermudahkan segala urusan saya. biarpun tampak kecil tetapi besar impaknya kepada saya. walaupun saya lalai dengan suruhannya/ ajarannya/ perintahnya, tetapi Dia masih menolong saya. Ya Allah ampunilah dosaku. Ingat Allah dan Allah akan ingat kita. Berdoa kepadanya nescaya dia akan makbulkan doa-doa kita. isyaallah, dengan izin-Nya semuanya akan terjadi. 


.