Said ialah seorang pemuda yang baran. dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil shj. pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku..
"untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said
"setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu itu," jelas ibunya.
pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok tersebut. selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku turut berkurangan. dia mendapati lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. dia terus memberitahu ibunya mengenai hal tersebut. lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu. hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kapada ibunya dengan penuh bangga.
ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata, "kau telah melakukannya dengan baik, anakku. tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. tembok itu tidak kelihatan sama seperti sebelumnya. apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. walau beberapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. luka di hati pedih daripada luka fizikal.
source : Solusi isu no.28
No comments:
Post a Comment