Allah Taala berfirman :
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ
Maksudnya :
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan & sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
(Al-Qalam : 43)
Keterangan Ayat
Di akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh bersujud kepada Allah swt.
Namun sesetengah umat Islam yang pernah solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan solat di sana.
Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat & menghalang mereka untuk solat berjemaah,
seperti sakit atau bermusafir.
Ada pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw
membenarkan bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat berjemaah.
Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung dengan waktu solat.
Bahkan jika betul kita mahu solat berjemaah,
kita boleh menghabiskan hidangan & solat berjemaah sesudahnya bersama jemaah lain di masjid.
Jadi kita tiada alasan untuk tidak ke masjid.
RAHSIA DISEBALIK SOLAT
Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.
Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.
Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh munkar & nakir di dalam kubur.
Selawat ke atas Nabi SAW
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah.
No comments:
Post a Comment