Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.
Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.
Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.