bila engkau memandang segalanya dari TUHAN-mu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan kerana ALLAH tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu.
kerana DIA tahu
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA.
No comments:
Post a Comment